Showing posts with label KEMBUNG PERUT. Show all posts
Showing posts with label KEMBUNG PERUT. Show all posts

Saturday, November 15, 2025

ANAK BERANSUR PULIH DARI KAHAK SELSEMA, MALAM TIDUR LENA

Oleh Gerobok Ciknana

Kisahnya bermula ketika anak berusia sebulan lebih..masa tu nafas anak berbunyi kahak.. risau hati si ibu tatkala memikirkan kesihatan anak..sudah bermacam cara saya buat, pelbagai petua saya ikut, rawatan sonotron juga saya cuba tetapi masih sama.. sampailah satu hari saya ternampak produk najlaa lalu di wall facebook..terdetik hati si ibu untuk mencuba..terus saya membuat pesanan dari agent najlaa.. 

Lepas sapukan balm najlaa seperti yang disarankan anak kerap muntah berlendir.. dari hari ke hari anak beransur pulih..alhamdulillah kini tiada lagi kahak..saya juga gunakan baby oil pada anak saya.. lena anak tidur malam tanpa kembung perut.. 

Apa yang ingin saya katakan tentang produk keluaran najlaa, saya sangat kagum dengan keberkesanan produk ni..boleh digunakan tanpa was was kerana tiada bahan terlarang teramat sesuai utk bayi.. Saya juga telah berkongsi serta memperkenalkan produk najlaa kepada rakan2 yang mempunyai masalah sama seperti saya.. alhamdulillah semua berpuas hati.. saya akan terus menyokong dan menggunakan produk ini dan saya doakan semoga agar najlaa baby skincare akan terus berkembang maju di masa akan datang..aminnn

Untuk Order Klik : Senarai Stokis dan Agen Najlaa  


Friday, November 7, 2025

SAYA BERJAYA ATASI MASALAH KEMBUNG PERUT, SAKIT KEPALA DAN LUKA DENGAN PRODUK NAJLAA

Oleh Nur Huda

Mengenali najlaa sangat bermakna bagi saya...

Bermula survay barang untuk baby... Ramai syorkan product tropica... Malangnya hati ni memberontak menyatakan 'mencari yg halal itu fardhu'... Ibu sarankan minyak yuyi dengan dropolene... Tp sbb ade tulisan cina saya berkeras nak cr yg halal...

Berminggu survay.. Setiap group dibuka... Sehingga jumpa post Liza Erdani Jasni mengenai product najlaa.... Saya stalk fb kak liza.... Sehingga berpuas hati maka saya putuskan utk membeli product najlaa.... Dipermudahkan urusan suami menyokong keputusan...

Hari berlalu, lahirlah afiqah.... Awal kelahiran diuji baby tidak mahu tidur... Pagi petang siang malam fiqa menangis.. Dgn herbal oil saya sapu perut kaki, ubun2 dan belakang telinga sambil membaca ayat kursi... Baru fiqa nangis tak teruk sangat da....

Selain itu, herbal oil fiqa guna kalau kembung perut... Saya sendiri kalau sebu perut sapu herbal oil.. Pernah 1 hari tu saya migrine... Makan panadol pon masih belom bole lena... Sapu minyak panas pon sama juga.. Tidak berkesan... Last2 lumur herbal oil kat kepala... Terus boleh tido.. Kepala pon x berat da...kalau fiqa nangis2 sapu je herbal oil kat perut terus kentut terberak.... Alhamdulillah....

Kini, fiqa da 4 bln... Da pandai mencakar... Sapu saja herbal cream, cepat kering luka... Mana yang terkena ruam/ruam susu... Sapu je... Cpt hilang... Paling mujarab kalau merah2... X sampai sehari da elok...

Utk essential oils fiqa guna utk rambut... Alhamdulillah... Da pacak2 hitam da... Suka bau anggur tu....

Balm pon fiqa guna.... Tapi guna x sekerap product 3 atas... Waktu batuk saya sapu balm + herbal oil... Memang muntah kahak.... Alhamdulillah...

Saya sangat bersyukur adanya product muslim yg berkesan macam ni... Mungkin niat murni Gee Alma founder najlaa utk membantu org lain di permudahkan oleh Allah. Kini sarankan adik utk pakai product najlaa... Alhamdulillah bru bli smlm.... Adik da 8 bln mengandung......

Syukran najlaa dlm membantu saya membesarkan fiqa...

Untuk Order Klik : Senarai Stokis dan Agen Najlaa

Wednesday, August 28, 2024

ANAK KEMBUNG PERUT (COLIC)


Apa itu kembung perut (Colic)?

Istilah kembung perut biasanya dikaitkan dengan bayi yang menangis berterusan disebabkan oleh sakit perut. Diagnosia ditentukan berdasarkan ciri-ciri berikut:

Bayi menangis berterusan atau kerap menangis buat masa yang lama tanpa sebab-sebab yang jelas.

Masalah ini berlarutan selama 2 hingga 4 jam sehari untuk sekurang-kurangnya 5 hari seminggu dan selalunya bermula pada umur bayi 2 hingga 3 minggu dan beransur kurang/pulih apabila bayi mencapai umur 3 hingga 4 bulan.

Mengapakah sesetengah bayi mengalami kembung perut?

Sebab tidak diketahui. Beberapa teori termasuk :

  • Usus: Alah kepada protein susu lembu. Alah kepada laktosa.
  • Usus belum matang. Pencernaan karbohidrat yang tidak sempurna akan menyebabkan kembung dengan “angin” yang berlebihan.
  • Ketidak selesaan disebabkan “angin”.
  • Sembelit
  • Biologi: Cara menyusu : kurang atau lebih menyusu dan kurang sendawakan bayi.
  • Terdedah kepada asap rokok. Ibu yang merokok sewaktu mengandung atau di dalam pantang akan menyebabkan bayi berisiko tinggi untuk kembung perut.
  • Psikososial: Ibu bapa yang tertekan.
  • Lain-lain: Sistem saraf bayi yang belum matang menyebabkan ia lebih sensitif kepada faktor persekitaran.

Adakah ramai bayi yang mengalami masalah ini?

Dianggarkan 1 hingga 5 dalam 10 bayi mengalami kembung perut. Apakah tanda-tanda bayi anda mengalami kembung perut? Bayi akan selalunya :

  • Menangis sekuat hati dalam jangka masa yang lama.
  • Diikuti kekejangan tangan dan kaki.
  • Tiada muntah, demam atau tanda-tanda penyakit lain

Adakah kembung perut akan menyebabkan masalah serius yang lain?

  • Kebiasaannya bayi akan sihat dan boleh membesar dengan baik.
  • Bagaimanapun, masalah ini mungkin boleh menyebabkan tekanan perasaan dan kebimbangan di kalangan ahli keluarga.
  • Ibu bapa merasa kecewa dan risau melihat keadaan bayinya.

Bagaimanakah untuk mengelakkan masalah ini?

Tiada rawatan yang khusus. Keadaan ini akan pulih dengan sendiri apabila bayi berumur 3 hingga 4 bulan.

Jika anak anda kembung perut :

  • Elakkan terlalu kerap mengangkat bayi ketika ia merengek.
  • Selimutkan bayi sehingga selesa dan dodoikan dengan lemah lembut
  • Kurangkan persekitaran yang bising
  • Bawa bayi anda bersiar-siar

JANGAN SEKALI-KALI MENGGONCANG BAYI ANDA

Jika ibu bapa merasa tertekan atau penat, cuba dapatkan bantuan orang lain untuk menjaga bayi dan ambil rehat yang secukupnya.

Dapatkan nasihat doktor jika :

  • Tangisan bayi anda seperti di dalam kesakitan.
  • Ada masalah lain seperti muntah, perut buncit, cirit-birit atau sembelit.
  • Bayi anda demam
  • Ibu bapa terlalu bimbang atau penat dan tidak boleh menangani masalah ini sendiri.

Apakah ubat yang boleh membantu?

  • Tiada ubat yang berkesan untuk meredakan kembung perut.
  • Anda boleh mencuba ubat untuk “angin” atau “colic” dan sejenis ubat bernama “dimethicone” untuk mengurangkan rasa kembung.

Bagaimanakah untuk mengelakkan masalah ini?

Jika bayi anda menghisap susu botol: Amalkan teknik penyusuan yang betul, pastikan saiz puting yang sesuai dan sendawakan bayi anda di antara penyusuan.

Jika bayi menyusu badan : Teruskan penyusuan susu ibu, tetapi ibu perlu mengelakkan makanan tertentu seperti kobis, brokoli, bunga kobis, dan kafein.

Peringatan

Kembung perut (colic) adalah masalah yang mencabar tetapi ia tidak menimbulkan kesan bahaya kepada bayi pada masa akan datang. Diagnosis yang tepat adalah penting.

Dapatkan nasihat doktor jika:

  • Diagnosis tidak dapat dipastikan
  • Adanya tanda-tanda penyakit serius yang lain.

Penulis :Dr. Irene Cheah Guat Sim, Dr. Lim Sern Chin (myhealth.gov)


NAJLAA.BABY.SKINCARE



PRODUK YANG MEMBANTU MASALAH COLIC
HERBAL OIL NAJLAA

Titis pada tangan ibu dan sapu lembut perut dan betis bayi. Boleh gunakan teknik urutan I Love You. Boleh dapatkan dari agen berdekatan atau shopping onine.

PRODUK PENJAGAAN BAYI

PRODUK PENJAGAAN BAYI
HERBAL CREAM : Penjagaan kulit Ekzema, Ruam Lampin, Chicken Pox, HFMD, Jeragat, Jerawat, Luka, Melecur, Kurap | ESSENCEE RUB (BABY BALM): Untuk masalah Asthma, Batuk, Selsema, Resdung, Benjol | ESSENTIAL OIL: Penjagaan Rambut dan Kulit | HERBAL OIL: Untuk urutan bayi, minyak telon, kembung perut, demam, sengatan serangga | SERUM COLLAGEN : Penjagaan Kulit Sensitif, Mengecutkan Jeraawat, Memudarkan Jeragat, Melembapkan kulit, Anti-Penuaan | NOURISH LOTION: Untuk menjaga kesihatan kulit, memudarkan parut serta cela, anti-penuaan | FRESH SOAP : Sabun Herba dengan kelembapan tinggi untuk penjagaan kulit sensitif dan kulit kering. Mengandungi herba perubatan bersifat antiseptic | SHOWER BATH : Mandian semulajadi bebas kimia bahaya untuk penjagaan kulit sensitif

Featured Post

E-BOOK ASAS PENJAGAAN BAYI BARU LAHIR

 Najlaa Baby Skincare telah mengeluarkan E-Book Asas Penjagaan Bayi Baru Lahir bagi membantu para ibu bapa menjaga Si Kecil dengan sebaik ba...

Popular Posts