Tuesday, September 3, 2024

TIPS UNTUK IBU BAPA SEBELUM BAYI LAHIR

 Sebelum Bayi Lahir

Anda akan menjadi ibu dan bapa – detik paling istimewa dalam hidup anda!. Bayi memerlukan perhatian dan penjagaan khusus, kerana tubuh badan bayi yang lemah dan tidak mampu menjaga diri sendiri. Kehadiran bayi baru akan menyebabkan perubahan besar dalam kehidupan ibu bpanya. Oleh itu anda hendaklah mempunyai ilmu untuk menjaga bayi, menjadi ibu bapa dan membuat persediaan awal, supaya tidak berlaku sebarang masalahdan membolehkan anda hidup lebih tenang. Berikut adalah beberapa Langkah:  

Kelas Keibubapaan

Kelas keibubapaan sangat berguna untuk bakal ibu dan bapa. Dapatkan maklumat tentang kelas ini daripada hospital tempat anda atau  anda boleh belajar di youtube bagaimana menjaga bayi.

Pilihan Bersalin

Terdapat beberapa cara yang berlainan untuk bersalin, misalnya kaedah Lamaze, Bradley dan sebagainya. Lakukan penyelidikan dan berbincang dengan doktor anda untuk menentukan pilihan yang terbaik untuk anda dan bayi anda.

Pakar Kanak-kanak

Mulalah mencari pakar kanak-kanak sebelum tarikh dijangka bersalin. Dapatkan nombor contact klinik, hospital atau doctor tersebut. Jika sekiranya berlaku sesuatu kepada bayi, anda dengan cepat memberi rawatan kepadanya.

Beg Pakaian

Masukkan pakaian dan keperluan lain ke dalam beg untuk dibawa ke hospital. Jangan lupa untuk membawa bersama-sama:

  • Kelengkapan mandi dan pakaian (baju tidur, kain batik, T-Shirt, pads), termasuk berus gigi dan sikat rambut. Jangan lupa barang keperluan si ayah.
  • Pakaian bayi yang akan dipakainya semasa pulang ke rumah.
  • Selimut untuk menyambut bayi
  • Pad ibu bersalin
  • Pengecas untuk telefon pintar anda
  • Breast pump untuk meransang pengeluaran susu awal
  • 1 set produk bayi Najlaa, kerana ia adalah produk penjagaan bayi semulajadi

Tempat Duduk Bayi

Pastikan tempat duduk bayi telah dipasang dengan betul di dalam kereta.

Baby Hygeine

  1.          Sediakan tempat bayi mandi (infant bathtub) beserta shower bath najlaa
  2.        Sediakan cotton bud (kapas bersih) untuk membersih telinga bayi beserta nutrient oil najlaa
  3.         Sediakan tuala cotton untuk bayi. Serta ibu bapa perlu menonton demonstrasi mandikan bayi dengan betul.

Menukar Pampers

  1.  Sediakan tikar plastic kecil untuk dijadikan lapik (small plastic mat) bagi mengelakkan kotoran mengenai tempat tidur bayi
  2. Sediakan pampers newborn serta herbal (sooth) cream najlaa bagi mengelakkan ruam lampin.

Pemakanan Bayi (Baby Feeding)

  1. Breast feeding atau Penyusuan bayi eklusif adalah paling baik
  2. Walaubagaimanapun, jika penyusuan eklusif gagal, susu formula adalah baik untuk memastikan bayi boleh hidup sihat. Separuh susu ibu dan separuh susu formula adalah pilihan yang lebih baik daripada sepenuhnya bergantung kepada susu formula.
  3. Untuk bayi yang meminum susu formula sediakan formula, air untuk bancuhan, 2 botol susu 120ml, 2 botol susu 240ml

Tidur Bayi

  1.          Sediakan baby cot untuk bayi, yang boleh diubah suai ketinggiannya digalakkan
  2.         Tilam yang kental (firm mattress) tidak terlalu lembut untuk mengelakkan bayi lemas
  3.         Beserta selimut cotton dan cadar cotton (kalis air digalakkan untuk mengelak kebocoran pada tilam bayi)

Stroller

  1. Sediakan stroller yang boleh diubah ke kedudukkan flat bagi membolehkan bayi tidur ketika keluar
  2. Sediakan infant car seat didalam kereta untuk keselamatan.

Mainan

Permainan bunyi-bunyian adalah lebih sesuai untuk bayi baru lahir, kerana penglihatan mereka belum jelas ketika dilahirkan berbanding pendengaran.

Persediaan Keluarga

Jika bayi mempunyai abang atau kakak. Anda harus membuat persediaan lebih awal supaya mereka dapat menerima kelahiran adik baru. Membuatkan mereka merasa disayangi walaupun ada adik dan meletakkan tangungjawap mereka sebagai ‘abang besar’ kepada adik adalah baik.



No comments :

Post a Comment

Blogger Widgets

.

.