Thursday, June 6, 2024

We Love You Marini Ams

Assalamualaikum.

Santai2 petang ni nak share story sket. (panjang sket 😊)

2018 adalah tahun ke-4 saya meninggalkan 'dunia pejabat'. Hidup saya berubah 360° sejak buat keputusan yang boleh kira besar jugak la kan.

Tahun pertama menjalani kehidupan sebagai SR (surirumah) memang mencabar. Tetiba rasa hilang segalanya. Duit, kawan-kawan, social life. Tiba-tiba semua tu lenyap. Dah biasa tiap2 bulan pegang duit sendiri, tiba2 mengharap pada orang lain bagi duit belanja. Semua kena catu. Memang terasa jugak sesaknya. Daripada income berdua jadi single income. Tanya la siapa2 yg pernah ada pengalaman ni memang menyesakkan kepala terutama en.suami la sbb semuanya berubah jadi beban atas bahu dia seorang. Lagi sesakkan kepala dengan mulut2 makcik bawang pun satu hal. Its like jadi SR macam satu dosa plak. Sy keraskan hati. Buat pekak telinga. Nanges tiap kali bersujud bila mengenangkan dah tak mampu lagi hulur duit ke mak ayah kat kampung. Ni benda yg paling buat hati saya direntap hari2 knowing that saya dah  memberi beban pulak pada mak ayah bila dah tak bekerja. Saya dah tak mampu hulur duit lagi tiap bulan 😢😢😢😢.

Then saya cuba buat bisnes makanan. Lunchbox Delivery. Siapa ingat lagi dengan MiaMaiya Kitchen. Seronok masa ni sbb dah mula pegang duit balik. Tambah pulak memasak mmg my passion. Sehinggalah saya miscarriage kerana lasak sgt ke hulu ke hilir. Memasak, packing makanan sambil kendong Syamil umur 10 bulan masa tu. Letih memang Allah je tau. Setiap kali lepas masak sblm delivery saya mandi sambil duduk kat lantai bilik air. Sbb kaki terketar2 penat berdiri berjam2 kat dapur. Nanges lagi sebab rasa susah nya Ya Allah. Saya cuma nak tolong mak ayah je niatnya tp macam jalan nya tak semudah yang disangka. Buat delivery sendiri sampai ke Putrajaya, Bangsar, Damansara, Petaling Jaya dengan bawa semua anak2 kecik.

Anak-anak?? Memang agak terbiar masa tu. Makan asal sempat je dalam kereta. Sampai buat saya terfikir semula. Saya berhenti kerja untuk anak-anak. Tp bila buat bisnes makanan ni dah tak nampak anak sebagai priority. Masa banyak habis untuk bisnes. So kena STOP. Tak berkat sebab anak-anak terabai.

Tapi niat saya untuk terus bantu mak ayah kat kampung tak berhenti kat situ. Tiba-tiba je nampak post kak Shariza Nazri pasal Najlaa Baby Skincare. Tengah mengandung Medina dan tunggu hari nak bersalin masa tu. Saya beli fullset dan guna. Alhamdulillah serasi sangat2. Beli untuk baby tapi anak-anak yang lain dan suami guna semua produk Najlaa. Terus sign up jd agent. Dan perjalanan bisnes Najlaa ni MUDAH SANGATTT. STOK PERTAMA saya ambil yang bernilai RM500 HABIS TERJUAL dalam tempoh tak sampai 2 minggu. RESTOK kali kedua pun laju je habisnya. Masuk bulan kedua saya dirisik sendiri oleh Gee Alma untuk jadi STOKIS NAJLAA NEGERI SEMBILAN yang pertama. Modal perlukan RM1500. Bila bagitau kat encik suami Wacha Wan, memang dia terus suruh reply YES. Tak payah pikir panjang. So bermula Ogos 2016 saya upgrade jadi stokis. Dan alhamdulillah daripada modal RM1500 sekarang dah konsisten 5 angka setiap bulan. Agent saya dah berpuluh orang. Belum termasuk mini agent dan dropship.

Dan yang paling seronok dah mampu hulur ke mak ayah kat kampung tiap2 bulan. Konsisten dapat bagi 4 angka. Jauh lagi banyak dapat menghulur berbanding zaman kerja dulu. Itu yang paling seronok dan menenangkan jiwa hati saya. Anak-anak??? Dah semestinya masa dan tumpuan sy kepada anak2 tidak terganggu. Hari2 sy pastikan urusan anak-anak diselesaikan dulu baru mengadap bisnes. Target saya lepas ni nak bawak mak ayah pegi Umrah hasil dari Najlaa ni. Doakan ye kawan-kawan.

Saya berdoa moga rezeki saya dengan Najlaa ni berpanjangan. Selain dapat bantu mak ayah, dapat jugak BANTU ANAK KECIL yang tidak sihat diluar sana.  Dan ramai jugak kalangan agent-agent saya yang dulu nya surirumah yang tak merasa pun nak ade sekeping Rm50 dalam purse masing-masing tapi sekarang?? Ada yang dah mampu beli rantai emas hasil duit Najlaa. Seronok nya rasa.

NAJLAA BABY SKINCARE betul2 mengubah hidup saya dan ramai surirumah di luar sana. Dengan izin Allah jua yang pastinya.

Jom kawan-kawan yang membaca ni. Kita sama-sama jana pendapatan. Tak kisah lah 3 angka, 4 angka ke 5 angka. Kalau berusaha pasti akan berjaya. Allah takkan mengubah nasib kita kalau kita tak usaha untuk BERUBAH. 

Jangan segan jangan malu.  Saya guide sampai anda berjaya insyaaAllah. Join #teammiamaiya HARI INI. 


#mystory #stokisnegeri9 #mariniams





No comments :

Post a Comment

Blogger Widgets

.

.